Thursday, July 2, 2009

Jelly/ Agar-agar dengan nata di coco

Memandangkan sekarang ini musim panas.... jadi seronok rasanya dapat makan agar2 yang sejuk ini...

Kami menyediakan jelly ini, dimana didalamnya terdapat nata di coco, ini dapat menyejukkan lagi badan yang panas kerana cuaca kita yang tidak menentu ini.

Cantik bukan berwarna - warni lagi tu ... rasanya amatlah sedap ...

Menarik bukan untuk kanak-kanak... serta orang dewasa ... dengan berbagai warna .... rambang mata melihatnya...

Nata di coco didalam jelly tersebut....


Jelly yang telah siap dibungkus.... mudah ... senang... serta sedap dimakan...

Jikalau anda ingin mengubah warnanya anda boleh memberitahu kami. Harganya akan berubah jikalau bahan didalam jelly ini berubah seperti mahukan jagung, ubi kayu, atau sebagainya. Kami akan memberitahu anda melalui email.

1 - 90 sen
50 - 80 sen
100 - 70 sen

Penghantaran cuma akan dibuat jikalau order itu melebihi RM 40.

Sebarang pick-up order memerlukan deposit sebanyak RM10, ia perlu dibank in sebelum hari pengambilan untuk memastikan order dapat dipenuhi. Sebarang order seharusnya 5 hari atau 3 hari sebelum pengambilan.

Manakala sebarang order yang melebihi daripada 50 pcs perlu membayar penuh ke dalam bank yang dinyatakan.

Kami mencari pengedar/pembeli.

Caramel Custard


Caramel Custard merupakan satu desert yang amat enak dimakan. Untuk membuatnya perlu mengambil masa yang agak lama, perlu di pastikan bahawa segala bahan sebati sepenuhnya jikalau tidak sebati pastinya rasanya kurang enak dan tidak seperti yang diharapkan.

Kami ada menyediakannya, ia amat sesuai dimakan bila-bila masa.

Di sini kami lampirkan beberapa photo untuk tatapan semua.

Proses membuatnya di mana ianya perlu di kukus.

Masih belum dikukus...

Setelah masak bukankah nampak enak sekali ...

Amat cantik dan sedap dimakan.....

1 - RM 1.60
50 - RM 1.50
100 - RM 1.40

Penghantaran cuma akan dibuat jikalau order itu melebihi RM 50.

Sebarang pick-up order memerlukan deposit sebanyak RM 10, ia perlu dibank in sebelum hari pengambilan untuk memastikan order dapat di penuhi. Sebarang order seharusnya 5 hari atau 3 hari sebelum pengambilan.

Manakala sebarang order yang melebihi daripada 50 pcs perlu membayar penuh kedalam bank yang dinyatakan.

Kami mencari pengedar/pembeli.

Kuih Tradisional Som - Som

Ini merupakan salah satu makanan tradisional yang memakan masa untuk membuatnya. Ia amat disukai oleh golongan warga emas kerana keenakannya serta amat lembut maka tidak perlu di kunyah.

Proses membuatnya amat melecehkan maka dengan ini, tidak perlu lagi bersusah payah cuma perlu memberitahu kepada kami berapa yang di kehendaki maka kami akan membuatnya.

1 - 70 sen
50 - 60 sen
100 - 50 sen

Ianya telah dimasukkan kedalam bekas-bekas yang comel agar tidak lagi perlu berfikir untuk diletakkan di dalam bekas lain. Amat menyenangkan kerja kerana hanya perlu dibuang setelah selesai di makan.

Penghantaran untuk produk ini bergantung kepada permintaan minima RM 30.

Sebarang pick-up order memerlukan deposit sebanyak RM 10, ia perlu dibank in sebelum hari pengambilan untuk memastikan order dapat di penuhi. Sebarang order seharusnya 5 hari atau 3 hari sebelum pengambilan.

Manakala sebarang order yang melebihi daripada RM 30 perlu membayar penuh kedalam bank yang dinyatakan.

Kami mencari pengedar/pembeli.

Frozen Food - Karipap

Hari ini kami ingin memperkenalkan pula frozen karipap berintikan ayam dan kentang.

10 pcs - RM 4.00
50 pcs - RM 19.00
100 pcs - RM 38.00

Penghantaran untuk produk ini bergantung kepada permintaan minima RM 40.

Sebarang pick-up order memerlukan deposit sebanyak RM 10, ia perlu dibank in sebelum hari pengambilan untuk memastikan order dapat di penuhi. Sebarang order seharusnya 7 hari atau 5 hari sebelum pengambilan.

Manakala sebarang order yang melebihi daripada RM 40 perlu membayar penuh kedalam bank yang dinyatakan.

Masjid Al-Mukminun Open Day in USJ 2

Masjid Al-Mukminun in USJ 3, will hold it's annual Open Day this weekend on:

Saturday, 5th July 2008

Time 7.30 a.m till 12.30 p.m Venue
The masjid car park, Jalan USJ 2/4S

Programs:
  1. Games for young and adults (everyone can join in regardless of faith)
  2. Home - cooked food for sale (for breakfast and lunch) - come early to buy your favourites....
  3. Clothes
  4. Books
  5. Masjid Tour - for those who never been inside the masjid and curious to find out what it looks like, how Muslim pray and etc you are most welcomed to find out more...
The MB's wife and YB Hannah Yeoh will probably be there, at about 10.45 a.m

We would be selling some of our product do come and check it out.

Wednesday, July 1, 2009

Frozen Food - Popia + Sate

Kami ada menyediakan satu product baru iaitu sate di bungkus dengan kulit popia. Memandangkan ramai yang menyukai sate tapi tidak suka membakar, maka datangla idea ini mengoreng sate dimana ia dibungkus dengan kulit popia.

Sate tersebut berinti ayam atau daging terpulang kepada anda.

5 keping - RM 2.50
10 keping - RM 4.00.

Penghantaran untuk produk ini bergantung kepada permintaan minima RM 35 dengan sedikit delivery charges. Semua boleh dicampur seperti karipap, popia sate, pegedel ayam dan pegedel daging.

Sebarang pick-up order memerlukan deposit sebanyak RM10, ia perlu dibank in sebelum hari pengambilan untuk memastikan order dapat di penuhi. Sebarang order seharusnya pada hari isnin hingga ke jumaat manakala order boleh di ambil pada hari sabtu ataupun ahad.